Saturday, October 6, 2012

KARNIVAL JUBLI INTAN SK ALMA

**sticky post, scroll down for new entry



SK Alma buat sekian kalinya menyambut ulang tahun ke 100 pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa kerja Karnival Jubli Intan dengan kerjasama PIBG sekolah dengan berbesar hati menganjurkan karnival pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) dari jam 8pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Antaranya:

  • pameran KSSR dan PBS serta hasil kerja murid
  • jualan makanan
  • jualan pelbagai barangan
  • sukaneka
  • permainan
  • dan banyak lagi
dalam usaha memeriahkan karnival, kami mengalu -alukan bekas pelajar SK Alma serta guru - guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini untuk berdaftar dengan bahagian alumni SK Alma sebagai rekod. pendaftran bolehlah dibuat melalui:
  • email, skalmabm@gmail.com dengan menghantar maklumat berikut:

  1. Nama
  2. batch
  3. alamat
  4. no telefon
  5. email
  6. pekerjaan

  • mengisi maklumat di link di sini.
kepada pihak yang berminat untuk menyewa tapak meniaga, bolehlah mengubungi Pn Norafrizan di talian 017-4385340

kami dengan berbesar hati mengalu- alukan kehadiran semua pihak ke karnival ini.sekian


Tuesday, September 11, 2012

UPSR 2012 (11- 13 sept 2012)


"GOOD LUCK"
semoga berjaya buat semua calon UPSR  tahun 2012 
di seluruh Malaysia dan khususnya buat anak -anak didik SK Alma
semoga dengan ilmu yang telah dicurahkan, usaha yang digiatkan serta doa restu semua pihak, diharap, murid - murid SK Alma mampu mencipta kejayaan.

SELAMAT BERJAYA, INSYALLAH !!!

Wednesday, March 21, 2012

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2012

03.03.12- Program Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12 tgh hari.
 Senamrobik dimulakan sebelum Acara Merentas Desa berlangsung
 Gandingan Instruktor senior dan junior menyegarkan sesi senamrobik
Aksi senamrobik di kalangan murid

Saturday, February 25, 2012

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

25.02.2012- Sambutan Maulidul Rasul telah diadakan dengan jayanya yang menyaksikan kehadiran para waris memenuhi khemah yang disediakan. Program ini sebenarnya bermula pada Hari Jumaat ,sehari sebelum s acara kemuncak berlaku. Pada hari Jumaat, pertandingan mewarna mellibatkan semua murid manakala sajak terbuka kepada murid tahap dua sahaja.


Murid -murid Tahun 2A memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan yang diberi semasa menyertai pertandingan mewarna.

 Nurul Natasha sedang menyampaikan syarahan
Elya Harisha : Antara gayanya semasa menyampaikan cerita






Pada Hari Sabtu pula, ceramah Maulidur Rasul pula diadakan. Penceramah, Ustaz Asyraf, Imam Muda telah dijemput untk berkongsi idea dan pengalaman bersama warga sekolah.

 Penampilannya bergaya: Sememangnya gaya Imam Muda
 PK 1 memberi maklumat penting kepada Ustaz Asyraf sebelum ceramah bermula
 Antara hadirin yang memenuhi khemah -khemah
 Ucapan alu-aluan daripada Ustza Rodi, Ketua Panitia PI



Tuesday, February 21, 2012

Program Jaya Waris

Pelbagai usaha telah direncanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid- murid SK Alma. Tidak hanya terbatas kepada murid - murid sahaja, pihak sekolah juga berpendapat, ibubapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan murid itu sendiri. Oleh yang demikian, satu program motivasi waris iaitu, Program Jaya Waris telah diadakan pada 15 Februari yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Alma.

Melalui program ini, pihak sekolah berharap dapat meningkatkan kesedaran ibubapa dalam membantu anak -anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan bukannya bergantung seratus peratus kepada guru sahaja. Kesinambungan antara usaha guru dan ibubapa pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik.

penceramah jemputan pada hari itu adalah En Idrus bin Mohamed , merupakan bekas pensyarah USM. Majlis dimulakan dengan pendaftran dan ucapan oleh Guru Besar, Puan Hajah Norazmah binti Shuib. Kemudian diteruskan dengan sesi ceramah sebelum program berhenti rehat. sebaik bersambung, guru - guru tahun 6 mengambil giliran membentangkan program/aktiviti  bagi murid tahun 6. Program tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Ribuan dan jutaan terima kasih kepada guru yang terlibat dan kepada waris yang sudi meluangkan masa menyertai program yang dianjurkan sekolah.








 












Friday, February 17, 2012

Ulasan Guru Besar di Mesyuarat PIBG

Ulasan GB
a) Murid yang lemah hanya dibekalkan lembaran kerja. Buku latihan adalah tidak sesuai untuk mereka.


b) Insuran sebenarnya telah pu dicarum oleh pihak kerajaan. Oleh itu para waris tidak perlu lagi membeli insuran untuk anak mereka semasa berada di sekolah.


c) Isu pagar amat menarik diperdebatkan. walaupun telah pun dipagar, ada segelinitr murid memanjat. oleh itu pinti pagar tidak dibuka secara sewenang-wenang. hasilnya, padang sekolah terjaga dan suci dari sebarang pencemaran seperti puting rokok dan sebagainya

Antara Usul-usul PIBG kali ke 42

a) membina bumbung untuk pejalan  kaki
b) inisiatif guru kelas untuk gred murid
    Jawapan GB  - PBS bermula pertengahan tahun lalu
     - sistem baru terdedah kepada masalah
    - inisiatif sekolah keluarkan gred untuk murid
    - diagihkan kepada waris semasa hari pelaporan
    - sekarang ni dah banyak pendedahah
    - dah dicetak untuk waris
    - jika waris ingin lihat, sila jumpa dengan guru tahun 1 dan 2
c) sukan tahunan selepas peperiksaan hujung tahun/ kelas tambahan untuk tahun 4 lagi
    jawapan GB : - dikenakan bayaran untuk raikan guru-guru

    -sukan tetap kena dilaksanakan sebelum hujung tahun.
    - sukan dijalankan pada penggal 2 - agar semua murid libatkan diri

d) tidak membenarkan waris tidak membawa motosikal  ke kawasan garaj basikal sekolah
    - akan gangu muris berjalan kaki
jawapan YDP : tahun lepas isu ini telah dibincangkan.
                       - memang tidak dibenarkan masuk.. tetapi ada juga segelintir melanggar arahan
                      - ada bantahan agar dibenarkan masuk sehingga ke pokok berdekatan dengan gajar basikal
                      -diharapkan pintu itu dibesarkan ,susah nak masuk
  GB : waris boleh guna pintu berdekatan dengan klinik